Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah terus menyeru penduduk Sabah untuk mengundi Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri kali ini demi kestabilan.
Malah bagi beliau pilihan yang bijak ini mampu menjamin kemakmuran rakyat Sabah sendiri.
“Saya harap rakyat di Sabah khususnya ahli dan penyokong BN jangan terlepas peluang kali ini. Pilihlah BN demi kestabilan dan kemakmuran rakyat di Sabah.”
Beliau berkata demikian dalam program Santai Tegar di PDM Tanjung Batu DUN Tanjung Batu dalam kawasan Kalabakan, Sabah.
Ramai yang hadir yang mana merupakan pengundi pengundi dalam DUN Tanjung Batu dalam Kawasan Kalabakan Sabah.
“Saya dan SBY mengadakan Dialog bersama penduduk selepas masing masing kami mwnyampaikan ucapan.”
Hadir bersama ialah Ketua UMNO Bahagian Kalabakan dan pimpinan UMNO Bahagian Kalabakan serta Petugas UMNO Perak termasuk Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong.
Terdahulu beliau bersarapan pagi bersama Pimpinan UMNO Bahagian Kalabakan.
Hadir sama ini Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong dan beberapa petugas dari UMNO Perak.
“Kami berbincang dan bertukar pandangan. Pertemuan dan sarapan pagi diadakan di DUN Tungku Kalabakan.”
Menurut Shamsul lagi, banyak kelebihan yang ada pada BN jika diberi peluang untuk mentadbir Sabah kali ini.
“Kenapa BN mesti dipilih di PRN Sabah ? Di antaranya kerana BN mampu membawa kestabilan politik di Sabah.
“Melalui kestabilan, BN mampu memberikan fokus kepada usaha membangunkan ekonomi dan prasarana rakyat di Sabah. Bila ini berlaku akhirnya nikmat akan diperolehi oleh rakyat.”
Beliau kemudian hadir Majlis jamuan Mesra bersama komuniti PDM Padang Terbang DUN Kukusan dalam kawasan Kalabakan, Sabah.
Ramai yang hadir yang mana merupakan pengundi pengundi dalam DUN Kukusan dalam Kawasan Kalabakan Sabah.
“Saya menyampaikan ucapan di majlis yang disusun oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Kalabakan Sabah.”
Hadir sama selain Ketua UMNO Bahagian Kalabakan juga adalah pimpinan pelbagai peringkat yang lain.



