Ziarah Takziah Ke Rumah Pak Ngah Zali
March 26, 2026
Selepas menghadiri majlis kenduri perkahwinan anak Tuan Haji Mina di Kampung Belum Baru, saya turut mengambil kesempatan menziarahi rumah Pak Ngah Zali bagi bertemu keluarga anak beliau yang baru sahaja kehilangan anak yang tersayang.
Al-Fatihah. Semoga Allah SWT merahmati roh Allahyarham dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang beriman. Amin.
24 Mac 2026, 12:40 tengah hari.

