Ziarah Sayangi Lenggong : Shamsul Teruskan Program Di Cawangan Kg Tawai

October 13, 2025

Program Ziarah Sayangi Lenggong adalah salah satu pendekatan untuk Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah mendekati penduduk dalam Parlimennya yang uzur dan tidak sihat.

Dan minggu ini Shamsul melakukan Ziarah Sayangi Lenggong di Kampung Tawai, Gerik ke tiga buah rumah.

“Saya ambil masa yang terluang mengadakan ZIARAH SAYANGI LENGGONG Di Kg Tawai Gerik.

“Saya bersama Ketua UMNO Cawangan Kg Tawai melakukan ziarah ke beberapa buah rumah. Di antara rumah yang sempat saya ziarah ialah rumah :

1) Zainab BT Man
2) Yusof b Wan Hassan
3) Saied b Abd Rahman”

Shamsul kemudiannya mengunjungi salah satu tarikan Lenggong Geopark iaitu di Gunung Pulut.

Pelbagai yang ditinjau beliau dalam memastikan semua kelengkapan memenuhi keperluan pengunjung.

Beliau kemudiannya bersama-sama dengan Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Kampung Ulu Kenderong menziarahi Kita@Fendi yang baru keluar hospital selepas menjalani rawatan.

“Ruang waktu yang ada saya ke Kg Ulu Kenderong Gerik, bersama sahabat sahabat di sertai Ketua UMNO Cawangan & Ketua Kg Ulu Kenderong menziarahi sahabat kita@Fendi yang baru keluar daripada hospital setelah beberapa hari menerima rawatan.

“Semoga semboh seperti sedia kala.”

 

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help