Ziarah Rakyat Lenggong Di RPS Air Bah
June 4, 2023
Saya mengenali masyarakat di RPS Air Bah Lenggong. Dan sangat bertuah saya selaku Ahli Parlimen Lenggong kerana pimpin serta masyarakat di sini saling hormat menghormati antara satu sama lain. Mereka berpakat dalam banyak perkara yang menyebabkan banyak perkara dapat dilaksanakan dengan baik.
Hari ini saya memaklumkan Balai Sewang Kg Air Bah Lenggong akan dinaik taraf. Kawasan Surau dan kemudahan sekelilingnya akan juga dinaik taraf untuk kemudahan penduduk kampung.
Paling menarik Pertandingan Kebersihan Kampung Air Bah Lenggong akan dilaksana.