Ziarah Rakyat Lenggong Di Kg Rancangan Merah

January 24, 2023

Kita perlu bergerak ke hadapan. Keputusan yang rakyat nyatakan dalam PRU15 mesti kita terjemahkan dengan bekerja dan berbakti kepada rakyat dengan lebih giat serta kuat lagi.

Saya berkeyakinan rakyat akan bersama kita jika kita bersama rakyat.

Usaha kita salahkan sesiapa. Keputusan yang BN terima di PRU15 lalu mesti dipikul bersama kerana setiap daripada kita bertanggungjawab terhadapnya.

Kita mesti bersyukur, biarpun BN hanya menang di 30 kawasan parlimen, namun kita masih menjadi kerajaan bersama parti parti lain dalam Kerajaan Perpaduan.

Ini masa dan peluang terbaik bagi BN membina semula kekuatan.

Namun untuk rakyat menerima kita. Kita mesti paparkan imej yang baik kepada rakyat. Jika rakyat melihat kita baik, percayalah mereka akan menerima kita.

Hari ini saya bersama Setiausaha UMNO Bahagian Lenggong, Penghulu Zailani JKuasa UMNO Bahagian Lenggong berada di Kg Rancangan Merah dalam program ZIARAH RAKYAT Lenggong. Kepimpinan UMNO Cawangan Merah hadir dalam majlis ini. Bersama ialah kepimpinan UMNO Cawangan Belum Baru dan Air Jada yang hadir sama.

Terima kasih kepada pimpinan UMNO dan penduduk Kg Rancangan Merah yang bekerja kuat mempertahankan Kerusi BN di P055 Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help