Ziarah Rakyat Lenggong Di Kampung Beng Lenggong

April 18, 2021

Hari ini saya turun ziarah penduduk disini.

Istimewa Kampung Beng Lenggong adalah muafakat dan keramahan penduduknya. Saya mengenali hampir keseluruhan penduduk disini yang bagai keluarga saya sendiri.

Disinilah iklan Petronas ” Beli Lembu Seekor ” sempena Aidil Fitri. Dan beberapa filem pengambarannya dibuat disini termasuk ” Ana and The King “.

Keindahannya mempersonakan kerana dulu sebahagian kampung kampung rangkainya hanya boleh dihubungi dengan bot atau sampan. Anak anak kesekolah atau TABIKA masih ada yang menaiki sampan atau bot.

Batu Reng yang ada disini menjadi Homstey yang terkenal kerana memenangi pelbagai anugerah. Dulu Batu Reng tidak boleh dihungi keluar jalan air namun antara projek utama saya ketika mula menjadi Ahli Parlimen Lenggong ialah membina jalan luar bandar selanjang 7.2 kilometer. Ketika itu saya melihat ada penduduk kampung mengalir air mata apabila kenderaan boleh sampai kerenah setelah berpuluh tahun menanti.

Insyallah. Kampung ini akan berubah tidak lama lagi. Saya yakin kerana projek jalan yang menghubungkan Kampung Luat ( Kampung kelahiran saya ) ke Kg Batu Reng bernilai lebih RM40,000,000 dalam pembinaan sekarang. Manakala Pakej Ke 2 bernilai lebih RM160,000,000 akan bermula tidak lama lagi yang menghubungkan ke Intan Suraya Sg Siput.

Kampung ini akan berubah. Namun ciri ciri keunikannya kita akan kekalkan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help