Kenyataan Media: Utamakan Kepentingan Parti, Perkukuhan Perpaduan & Fokuskan Bina Kekuatan

March 25, 2021

JIKA UMNO MAHU KEMBALI BERKUASA UTAMAKAN KEPENTINGAN PARTI, PERKUKUHKAN PERPADUAN DAN FOKUSKAN BINA KEKUATAN.

Diantara faktor utama yang menentu kepada kekuatan parti adalah kesetian pemimpin dan ahli kepada parti. Bila kita setia kepada parti, pasti apa juga keputusan dan pendirian yang hendak kita lakukan, parti akan menjadi keutamaan. Dan kerana itulah, ideologi serta prinsip perjuangan parti mesti difahami oleh kita semua. Ini sangat penting.

Sudah tentu bila parti didahulukan ia akan memudahkan apa juga yang ingin kita lakukan. Justeru jika ini menjadi pegangan semua UMNO akan kukuh, dan kuat.

Dalam pada itu perpaduan juga sangat penting. Maknanya jika parti diutamakan dan dalam waktu yang sama pimpinan dan ahli parti disemua peringkat bersatupadu pasti parti menjadi lebih kuat, hebat dan dipandang tinggi oleh rakan serta lawan.

Malah, ianya terbukti berasaskan sejarah UMNO. Bila parti diutamakan, perpaduan kukuh, UMNO berupaya lalui apa juga cabaran dengan mudah dan berjaya. Kerana itu, mari kita bersama untuk terus memperkukuhkan perpaduan UMNO disemua peringkat. Kita mesti seia senada, berbeza pandangan memang biasa namun sesekali jangan ianya merosakan parti yang kita sayangi ini.

Realitinya, cabaran dihadapan UMNO sangat besar. Kehadiran UMNO diarus politik negara penting. Kita jangan tewas atas kelemahan kita sendiri. Usahlah kita cipta kelemahan sebaliknya binalah kekuatan.

UMNO punyai kekuatan. Kekalkan kekuatan itu. Kerana itu, UMNO mesti bijaksana dalam membuat apa juga keputusan. Maka jika parti diutamakan, perpaduan diperkukuhkan dan kita focus membela rakyat. Kita akan kuat dan rakyat akan sokong kita.

Namun kita tidak boleh bersendirian, kita mesti membinanya bersama rakan yang ikhlas, setia dan selari dengan ideologi dan prinsip perjuangan UMNO.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia

#parlimenlenggong #teamDSAN #UMNO

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help