BeritaVideoUsia 75 Tahun UMNO Gambaran Kematangan Berpolitik –Dr Shamsul Anuar

May 10, 2021

KUALA LUMPUR – Usia Jubli Intan UMNO pada tahun ini dengan sendirinya menunjukkan bahawa UMNO adalah parti yang begitu matang dan begitu lama di negara ini, demikian pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Jelas beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli, kematangan itu dapat dilihat apabila setiap kali parti membuat keputusan sama ada dalam Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi dan sebagainya telah memberi impak besar dan baik untuk parti, agama, bangsa dan negara ini.

“Kematangan inilah yang membolehkan UMNO terus berada dalam arus politik tanah air. Sebab itu mengambil semangat sambutan ke-75 tahun UMNO pada kali ini, maka saya harap kita terus bina kekuatan, bina kesepaduan sesama kita, bina kekuatan kita untuk terus bersama rakyat,” katanya kepada UMNO-Online.

UMNO akan menyambut ulang tahun ke-75 pada 11 Mei depan dan ianya juga merupakan sambutan Jubli Intan.

Tambah Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong, usia parti mesti diterjemahkan dengan cara terus bekerja untuk rakyat.

“Saya percaya dan berpegang kepada prinsip selagi kita bekerja untuk rakyat, selagi kita kuat dengan rakyat selagi itu rakyat akan bersama dengan kita.

“Sambutan kali ini amat bermakna dan ia juga lebih manis jika kita dapat bangkit dengan lebih kukuh dan kuat serta menang bergaya dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.
-UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2021/05/10/usia-75-tahun-umno-gambaran-kematangan-berpolitik-dr-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links