UMNO memerlukan pendekatan dan susunan yang baharu bagi menyesuaikan dengan keadaan yang sudah berbeza.
Selesai Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU2022), Ahli Parlimen Lenggong Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bergegas ke kawasan beliau bagi menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Sarapan pagi bersama kepimpinan UMNO di sana.
Majlis tersebut melibatkan kepimpinan UMNO Zon Gelok di Kampung Temelong Lenggong yang turut dihadiri oleh penduduk kampung.
“UMNO mesti mengubah dan menyusun pendekatan baru kerana keadaan sudah berbeza. Maka, ia mesti dilakukan oleh kita semua.
“Hadir bersama saya ialah Ketua Wanita UMNO Bahagian Lenggong dan semua Ketua UMNO Cawangan dan Ketua Wanita UMNO cawangan dalam zon berkenaan,” kata Shamsul dalam hantaran yang dikongsi di Facebooknya.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/umno-perlukan-pendekatan-baharu-shamsul-anuar/