UMNO Mesti Bersama Rakyat

February 20, 2023

Jika mahu kekal releven, UMNO mesti bersama rakyat, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau menegaskan, UMNO perlu bersama rakyat demi mendapatkan sokongan mereka dan tidak boleh disokong oleh ahlinya sahaja.

“UMNO tidak boleh hanya disokong dan popular dikalangan ahlinya sahaja. Kerana rakyatlah penentu masa depan UMNO.

“Justeru bersamalah rakyat. Berjuang dan belanya kepentingan rakyat. Maknanya, UMNO mesti utamakan rakyat bila berjuang,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.

Selain itu, beliau juga menekankan UMNO perlu mengutamakan rakyat dalam perjuangan yang dilakukan dalam memastikan rakyat kekal setia bersama parti itu.

Dalam masa yang sama, beliau menekankan kepentingan UMNO bersama rakyat akan menjadikan rakyat juga akan tetap bersama dengan UMNO.

“Percayalah. Jika UMNO bersama rakyat, pasti rakyat akan bersama UMNO,” tambahnya lagi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/umno-mesti-bersama-rakyat-shamsul-anuar/

MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2023/02/20/umno-mesti-disokong-oleh-rakyat-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help