UMNO Lenggong Bersedia Gerak Kerja Depani PRU15

October 7, 2022

Desas-desus mengatakan Pilihan Raya Umum ke 15 (PRU15) akan disegerakan mendapat sambutan baik dari semua ahli UMNO/BN sekaligus menjadikan mereka lebih bersedia dengan gerak kerja lebih awal.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah tidak ketinggalan dengan mengadakan perjumpaan bersama kepimpinan Barisan Nasional (BN) Lenggong, baru-baru ini.

“Perjumpaan bersama kepimpinan bilik gerakan BN Lenggong dan Ketua-Ketua PDM serta UMNO Cawangan di kawasan Lenggong.

“Saya memberikan beberapa taklimat penting dan bersama hadir ialah Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pilihanraya BN Lenggong, Ketua Wanita Lenggong, Ketua Pemuda UMNO Lenggong dan kepimpinan yang lain,” kongsi Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.

Perjumpaan tersebut juga bersama dengan Kepimpinan Ketua-Ketua Unit Bilik Gerakan BN Lenggong bertempat di Bilik Gerakan BN Lenggong.

Dalam masa yang sama, beliau juga berkesempatan menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama mahasiswa dalam kawasan Parlimen Lenggong.

“Tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Lenggong yang berjaya mengadakan majlis bersama Mahasiswa Dalam Kawasan Parlimen Lenggong.

“Program diadakan di Dewan Kg Sumpitan Lenggong. Saya bersama isteri hadir meyampaikan ucapan bersama Ketua Puteri UMNO Lenggong,” kata Shamsul

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/umno-lenggong-bersedia-gerak-kerja-depani-pru15/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help