UMNO Kukuh Jika Utama Kesetiaan, Perpaduan

March 26, 2021

KUALA LUMPUR: UMNO akan terus berdiri kukuh dan meraih sokongan padu jika pemimpin dan ahlinya mengutamakan kepentingan parti, memperkukuh perpaduan dan memberi tumpuan kepada usaha membela rakyat.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, menegaskan kesetiaan kepada parti juga antara faktor utama yang menentukan kekuatan parti itu.

“Bila kita setia kepada parti, pasti apa juga keputusan dan pendirian yang hendak dilakukan, parti akan menjadi keutamaan.

“Kerana itu, ideologi dan prinsip perjuangan parti mesti difahami oleh kita semua. Ini sangat penting,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Tenaga dan Sumber Asli berkata, UMNO akan kembali berkuasa sekiranya perpaduan erat dibina di semua peringkat.

“Ia terbukti berasaskan sejarah UMNO, bila parti diutamakan, perpaduan kukuh, UMNO berupaya melalui apa sahaja cabaran dengan mudah dan berjaya.

“Kita mesti senada, berbeza pandangan memang biasa namun sesekali jangan sampai ia merosakkan parti yang kita sayangi ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Shamsul Anuar turut berpandangan, UMNO mempunyai kekuatan tersendiri dan ia perlu dikekalkan dengan bekerjasama dengan rakan politik yang benar-benar ikhlas, setia dan selari dengan ideologi serta prinsip perjuangan parti itu.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2021/03/800324/bhplus

UMNO Online: https://umno-online.my/2021/03/26/utamakan-kepentingan-parti-kukuhkan-perpaduan-dan-bina-kekuatan-shamsul-anuar/
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/03/25/umno-tidak-boleh-lemah-kerana-parti-ini-penting-shamsul-anuar/
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/130331/BERITA/Politik/UMNO-kuat-jika-ahli-utamakan-parti-pentingkan-perpaduan

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2024 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help