Turun Padang Selesaikan Isu Rakyat Di Desa Ibol Kg Sumpitan
December 6, 2022
Saya bersama Penolong Pegawai Daerah Lenggong, Penghulu Kanan & Penghulu Mukim Lenggong serta kepimpinan Desa Ibol Lenggong mengadakan tinjauan untuk menyesaikan masalah saliran dan longkang di perkampungan ini yang menjadi punca banjir sekiranya hujan lebat berlaku.
Kerja-kerja pembersihan akan segera dibuat. Dan Pejabat Daerah Lenggong akan segera melaksanakan kerja kecemasan untuk langkah sementara sebelum langkah keseluruhan dibuat.
Oleh kerana jumlah isipadu air dan taburan hujan begitu berbeza berbanding dahulu, maka sistem perparitan sedia ada perlu dinaiktaraf dan keadaan parit sediaada sudah tidak begitu sesuai lagi.