Turun Padang Pasca Bencana Di Kg Bujang Merbok Kedah
September 9, 2021
Saya bersama Dato’ Dr Fathul Bari Mat Jaya Ahli MKT UMNO Malaysia mengadakan lawatan ke Kg Bujang Merbok Kedah untuk menyampaikan sumbangan dan meninjau kesan bencana yang berlaku baru baru ini. Kami amat simpati kepada mangsa yang terlibat.
Kami bertemu Kepimpinan UMNO Bahagian Merbok iaitu Ketua UMNO Bahagian Merbok, turun bersama ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Merbok, dan kepimpinan tertinggi UMNO Merbok yang lain.
Kami melawat beberapa buah rumah. Semoga Allah memberikan kesabaran kepada mereka menghadapi semua musibah ini.
#teamDSAN #pelancongan #guru #rumahtiang16 #akisgallery #geopark #teamDSAN