Tun Mahathir Tidak Berprinsip

July 26, 2022

Apabila Pejuang tidak mahu bersama dengan DAP, Tun Mahathir berikan alasan orang Melayu yang tidak suka DAP, tetapi hakikatnya Tun Mahathir seorang yang tidak berprinsip, kata Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

” Lihat selama 22 tahun Tun Mahathir bersama UMNO/BN, apa pendiriannya terhadap DAP ?

” Namun kerana kuasa dan ingin jatuhkan UMNO/BN yang mengangkat dia selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri, dia sanggup bersama DAP,” kata Shamsul Anuar menerusi posting di Facebooknya.

Ujar beliau, sepanjang 22 bulan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri bersama PH, beliau sendiri rela untuk bekerjasama dengan DAP dalam kerajaan PH.

Semua ini menunjukkan Tun Mahathir tidak mempunyai pendirian yang tetap. Pendirian beliau bukan kerana prinsip tetapi kerana kepentingan politik dan peribadinya.

“Apa semuanya ini. Yang jelas Tun Dr Mahathir seorang pemimpin yang tidak berprinsip,” tekan Shamsul Anuar lagi seperti dalam facebooknya.

Dalam pada itu, beliau menyeru kepada rakyat Malaysia agar terus memikirkan masa hadapan dengan menolak Tun Mahathir demi kebaikan negara.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/tun-mahathir-tidak-berprinsip-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help