BeritaTransformasi Industri Mineral Negara 2021-2030

November 17, 20200
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/11/shamsulnasarah2.jpg

INDUSTRI MINERAL NEGARA
(Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030) – (TIM 2021-2030)

1. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) merupakan peneraju kepada pengurusan mampan sumber asli negara dan dengan itu berperanan menggerakkan usaha untuk membangunkan industri mineral sebagai salah satu sumber ekonomi baharu negara.

2. Pada masa ini, terdapat tiga (3) kategori mineral utama yang terdapat dalam negara dan dilombong secara komersial iaitu mineral berlogam, mineral bukan logam dan mineral tenaga. Anggaran keseluruhan nilai rizab sumber mineral negara adalah RM4.11 trillion yang dinilai berdasarkan harga semasa.

3. Dalam usaha memastikan industri mineral memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negara dan daya saing globalnya sentiasa teguh selaras dengan matlamat Dasar Mineral Negara 2 (DMN 2), kerajaan melalui agensi-agensinya akan melaksanakan langkah-langkah seperti berikut:

  • menggalakkan lebih banyak aktiviti ekplorasi sumber mineral dijalankan terutamanya kajian dan pembangunan ke atas mineral strategik seperti elemen nadir bumi bukan radioaktif (N-REE);
  • Membangunkan produk nilai tambah dalam setiap rantaian nilai termasuk penggunaan teknologi baru bagi mengurangkan impak negatif industri ini terhadap alam sekitar; dan
  • memantapkan pengurusan sumber mineral melalui pengukuhan undang-undang dan governan untuk menjadikan
    sumber mineral sebagai sumber kekayaan baharu negara.

4. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli sedang membangunkan Pelan Transformasi Industri Mineral Negara 2021-2030 (TIM 2021-2030) untuk meningkatkan daya saing industri mineral supaya mampu menjadi penyumbang utama kepada ekonomi negara. Gerakkerja yang dirangka dalam tempoh 10 tahun akan menyaksikan perubahan transformasi industri mineral ke arah impak lebih tinggi terhadap pembangunan ekonomi dan pendapatan negara di samping meningkatkan taraf hidup rakyat.

5. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, sumber unsur nadir bumi (REE) contohnya merupakan salah satu mineral strategik yang memiliki permintaan tinggi di kalangan pemain-pemain industri bagi tujuan kegunaan dalam sektor automotif, pembinaan, pengilangan, teknologi dan lain-lain.

6. Jika dilihat dari keadaan situasi semasa, permintaan sumber REE dijangka meningkat dari tahun ke tahun berikutan daripada revolusi industri yang memasuki era industri IR4.0. Di samping itu, taburan sumber REE yang hanya wujud di sesetengah negara, menjadi penentu kepada kawalan bekalan dan permintaan (supply and demand) di peringkat global dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan harga REE dunia.

7. Berdasarkan kajian tinjauan yang telah dijalankan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), Malaysia memiliki potensi sumber REE untuk dibangunkan yang mencecah sehingga USD182 bilion iaitu bersamaan dengan RM747.2 bilion. Walaubagaimana pun, kajian yang akan dilaksanakan adalah tertumpu kepada REE bukan radioaktif atau Ion Absorption Clays Rare Earth;

8. Selain REE, bauksit juga merupakan mineral yang masih mempunyai potensi untuk diusahakan. Mengikut rekod JMG, kira-kira 181.5 juta tan metrik sumber bauksit yang bernilai kira-kira RM20.3 billion yangmasih berpotensi untuk dibangunkan. Pada masa kini perlombongan bauksit hanya aktif diusahakan di Johor dan Pahang. Kerajaan juga telah membangunkan SOP Aktiviti Perlombongan dan Pengeksportan Bauksit yang telah digunapakai di Negeri Pahang dan Terengganu.

9. Berkaitan dengan sumber hasil hutan, ianya diusahakan berdasarkan prinsip Pengurusan Hutan Secara Berkekalan termasuk menetapkan catuan tebangan setiap 5 tahun. Ini bagi memastikan sektor ini terus dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi tetapi pada masa yang sama kawasan berhutan masih terus dikekalkan.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli

#KeTSA #AkademiUMNOMalaysia #umnobn #perhilitan #jmg #lenggong #Gerik

Leave a Reply

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links