Tradisi Duit Raya Pelajar Sekolah Parlimen Lenggong Terus Dikekalkan

March 15, 2026

LENGGONG – Amalan tradisi pemberian duit raya kepada pelajar sekolah di Parlimen Lenggong yang dimulakan sejak tahun 2008 diteruskan lagi oleh Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, tradisi ini diadakan setiap tahun bagi memeriahkan suasana Aidilfitri, khususnya untuk menggembirakan anak-anak sekolah di kawasan Parlimen Lenggong. Inisiatif ini bukan sahaja memberi kegembiraan kepada para pelajar, malah turut menyemarakkan semangat perpaduan dan keprihatinan dalam kalangan masyarakat setempat.

“Amalan Tradisi Duit Raya Pelajar Sekolah Parlimen Lenggong telah saya lakukan sejak 2008 dan saya teruskannya. Ini bagi memeriahkan suasana Aidilfitri terutama mengembirakan anak-anak sekolah,” katanya.

Shamsul Anuar berharap tradisi ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai satu usaha berterusan untuk memastikan kebajikan pelajar sentiasa diberi perhatian, terutamanya dalam meraikan sambutan hari yang penuh bermakna seperti Aidilfitri.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help