Tradisi Duit Raya Parlimen Lenggong Libatkan Lebih 11,000 Pelajar & Staf Sekolah

March 18, 2026

LENGGONG – Tradisi Duit Raya yang telah dilaksanakan sejak tahun 2008 di Parlimen Lenggong diteruskan lagi pada tahun ini dengan skala yang lebih besar, melibatkan lebih 11,000 pelajar dari semua sekolah rendah, menengah serta sekolah tahfiz di seluruh kawasan Parlimen Lenggong. Program yang menjadi amalan tahunan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada para pelajar, malah turut melibatkan staf sekolah sebagai tanda penghargaan dan semangat Aidilfitri.

Bagi tahun 2026, pengagihan duit raya telah dilaksanakan secara berperingkat di pelbagai sekolah. Pada 13 Mac 2026, antara sekolah yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan Raban (248 murid, 34 staf), SK Lubuk Kawah (155 murid, 29 staf), Sekolah Kebangsaan Luat (30 murid, 11 staf), Sekolah Kebangsaan Beng (36 murid, 12 staf), Sekolah Kebangsaan Chepor (47 murid, 20 staf), SK Ganda Temengor (188 murid, 36 staf), Sekolah Kebangsaan Seri Tawai (106 murid, 20 staf), Sekolah Kebangsaan Kenayat (85 murid, 15 staf), SK Felda Lawin Utara (114 murid, 29 staf), SK Felda Papulut (187 murid, 28 staf) dan SK Felda Lawin Selatan (158 murid, 21 staf).

Pada 16 Mac 2026, program diteruskan di Sekolah Kebangsaan Kenering (343 murid, 35 staf), Sekolah Kebangsaan RPS Dala (202 murid, 30 staf), Sekolah Kebangsaan Bukit Sapi (69 murid, 14 staf), Sekolah Kebangsaan Sumpitan (113 murid, 17 staf), Sekolah Kebangsaan Gelok (130 murid, 21 staf), Sekolah Kebangsaan Temelong (69 murid, 14 staf), SK Banggol Belimbing (45 murid, 13 staf) dan SJK (Cina) Khay Beng (25 murid, 10 staf).

Sementara itu, pada 17 Mac 2026, antara sekolah yang menerima manfaat program ini ialah SMK Gerik (778 murid, 86 staf), SK Mahkota Sari (595 murid, 50 staf), SK Sri Adika Raja (876 murid, 107 staf), SK Tan Sri Ghazali Jawi (385 murid, 41 staf), SM Sultan Idris Shah II (757 murid, 106 staf), SMK Seri Budiman (198 murid, 49 staf), SMK Kenering (365 murid, 51 staf), SM Sultan Azlan Shah (277 murid, 55 staf), SM Tan Sri Abdul Aziz (288 murid, 38 staf), SMK Dato’ Ahmad (554 murid, 59 staf), Sekolah Kebangsaan Bukit Balai (173 murid, 27 staf) dan Sekolah Kebangsaan Lenggong (252 murid, 31 staf).

Program Tradisi Duit Raya ini bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Hari Raya Aidilfitri, malah menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan, kegembiraan dan kebersamaan dalam kalangan pelajar serta warga sekolah. Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan Parlimen Lenggong dalam memastikan kebajikan pelajar dan staf sentiasa diberi perhatian, khususnya dalam meraikan detik-detik istimewa seperti Aidilfitri. Diharapkan tradisi ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi inspirasi kepada pemimpin lain untuk terus mendampingi masyarakat serta menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan generasi muda.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help