Tonton Final Piala Dunia Bersama Belia Lenggong
LENGGONG – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menyifatkan kemenangan Sepanyol dalam Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFA 2026 menentang Argentina sebagai manifestasi kekuatan semangat berpasukan dan daya juang yang tinggi.
Menurut beliau, kejayaan Sepanyol didorong oleh komitmen setiap pemain yang fokus terhadap peranan masing-masing dalam pasukan, sekali gus membuktikan bahawa kesepaduan kolektif mampu mengatasi kehebatan individu.
“Kenapa Sepanyol menang? Semangat berpasukan dan daya juang yang tinggi. Setiap pemain fokus kepada peranan masing-masing,” kata Ahli Parlimen Lenggong itu.
Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar yang turut pulang ke kawasan parlimen beliau sempena perlawanan akhir tersebut berkata, beliau meluangkan masa bersama anak-anak muda di Lenggong bagi menyaksikan detik bersejarah bola sepak dunia itu secara bersama.
Kehadiran beliau bersama golongan belia mencerminkan pendekatan mesra rakyat yang menjadi amalan Ahli Parlimen Lenggong dalam mengeratkan hubungan dengan generasi muda di kawasan tersebut.
Perlawanan Akhir Piala Dunia 2026 yang mempertemukan Argentina dan Sepanyol menyaksikan La Roja dinobatkan sebagai juara dunia selepas pertembungan sengit di pentas terbesar bola sepak antarabangsa.

