Tinjauan Surau & Penilaian Keperluan Dewan Terbuka

April 21, 2026

LENGGONG – Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah meninjau masalah berkaitan surau di Kampung Kelantan, Lenggong pada 19 April 2026.

Lawatan yang berlangsung pada jam 10 pagi itu diadakan bagi meneliti keadaan semasa serta mendapatkan maklumat lanjut berhubung isu yang dibangkitkan oleh penduduk setempat.

Dalam lawatan sama, beliau turut mengunjungi Dewan Terbuka Kampung Kelantan selepas menerima permohonan daripada penduduk yang memohon tambahan peruntukan.

Permohonan itu dikemukakan berikutan masih terdapat beberapa keperluan dan penambahbaikan yang diperlukan bagi memastikan kemudahan dewan berkenaan dapat digunakan dengan lebih selesa dan berfungsi dengan baik untuk aktiviti komuniti.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help