Timbalan Menteri Dalam Negeri Kerajaan Perpaduan

December 10, 2022

TERIMA KASIH.

Bila diberikan amanah, insyallah saya akan berkhidmat dengan jujur dan amanah demi negara serta rakyat tercinta, biar dimanapun kedudukannya.

Paling utama JANGAN SESEKALI LUPA. kita adalah hamba Allah.

Yakinlah, semua ini adalah atas kehendakNya. Dia yang mengatur segalanya.

Kerana itu sebagai pejuang parti, saya akan patuh dan akur dengan apa yang diputuskan.

Saya juga rakamkan ucapan terima kasih kepada YAB DS Perdana Menteri kerana memberikan kepercayaan kepada saya. Pastinya kepada YAB Presiden UMNO @ Timbalan Perdana Menteri dan Barisan Nasional kerana telah mencalonkan saya.

Kepada YAB MB Perak yang juga Pengerusi BN Lenggong dan seluruh pimpinan Barisan Nasional serta pengundi saya Kawasan Parlimen Lenggong saya rakamkan penghargaan terima kasih. PRU15 adalah isyarat agar kita mesti bekerja dengan lebih gigih memenangi hati serta menyelesaikan masalah rakyat. Saya yakin jika kita bersama rakyat, rakyat akan bersama kita.

Lebih dari itu saya amat memahami situasi politik yang sudah begitu berubah, tidak sebagaimana dulu lagi. Justeru kita mesti bertindak secara bijaksana agar Barisan Nasional kekal dan kembali bangkit.

Terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan dan ucapan tahniah kepada saya. Sokongan semua amat saya hargai.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help