Tiada Tembok Pemisah Dengan Masyarakat Cina Di Lenggong

November 18, 2022

Ahli politik mesti berkhidmat bukan sahaja kepada parti tetapi untuk rakyat, pesan calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lenggong, Datuk Ser Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Sebagai seorang pemimpin yang diterima semua golongan masyarakat di Lenggong, beliau menekankan sekiranya pemimpin kekal bersama rakyat, rakyat juga akan kekal bersama dengan mereka.

“Saya tak pernah anggap keadaan di Lenggong memberi keselesaan kepada saya yang akan menyebabkan saya leka dan tidak berkhidmat kepada rakyat.

“Dengan kelebihan yang ada di Lenggong, yang merupakan kawasan selamat, saya perlu bekerja lebih kuat untuk membolehkan kita kekal di kedudukan yang baik untuk menyumbang satu kerusi bagi membentuk kerajaan BN,” kata Shamsul dalam program Bicara Nasional malam tadi.

Seperti mana sejarah yang berlaku ketika pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO sebelum ini, Shamsul menekankan agar kemenangan BN mesti dikekalkan walaupun berhadapan dengan pelbagai krisis yang berlaku.

Beliau juga menegaskan, landskap politik yang berubah pada hari ini mencetuskan pelbagai kemungkinan untuk berlaku, tambahan pula ia adalah kali pertama pilihan raya yang mengamalkan pendaftaran secara undi automatik.

“Saya tidak mneletakkan tembok diri saya dengan rakyat dan saya menganggap semua masyarakat di Lenggong ini penting kepada saya. Hampir kebanyakan pemimpin kaum Cina di sana saya kenal.

“Perkara ini saya tidak berlaku dalam tempoh terdekat tapi dalam masa yang lama sejak mereka di bangku sekolah dan bukan berhubungan atas dasar politik. Ini sesuatu yang sangat biasa dan tidak ada batasan antara saya dan pengundi Cina,” jelasnya.

Selain itu, beliau menyarankan agar perilaku seperti ini perlu diguna pakai oleh semua pemimpin dari mana-mana parti untuk mendekati rakyat yang bukan sahaja sesama kaum, tetapi terlaksana ke atas semua kaum di Malaysia.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/tiada-tembok-pemisah-dengan-masyarakat-cina-di-lenggong-dr-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help