KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju mengecualikan pemotongan bekalan elektrik terhadap pengguna domestik di Semenanjung sehingga akhir Jun, dengan syarat pengguna tidak mempunyai tunggakan melebihi enam bulan.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata sebelum ini langkah sama diambil kerajaan membabitkan pengguna domestik yang tiada tunggakan melebihi enam bulan dengan diberikan pengecualian pemotongan bagi tempoh 1 Januari sehingga 31 Mac lalu.
“Melalui pelaksanaan inisiatif ini, dianggarkan kira-kira 6.96 juta pengguna domestik di Semenanjung memperoleh manfaat dan diharapkan ia dapat membantu memelihara kesejahteraan hidup rakyat dalam keadaan ekonomi yang mencabar ketika ini.
“Bagi Pelan Bayaran Mudah, ia juga dilanjutkan hingga 31 Disember ini, bagi memudahkan pengguna domestik menguruskan pembayaran bil elektrik mereka,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, Pelan Bayaran Mudah yang ditawarkan sebelum ini sepatutnya berakhir 30 Jun ini.
“Inisiatif yang diambil bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah dengan mengambil kira keperluan untuk meneruskan usaha untuk membantu rakyat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
“Jadi tiada pemotongan bekalan elektrik dilaksanakan di kediaman yang mempunyai tunggakan tidak melebihi enam bulan sehingga 30 Jun ini,” katanya.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/05/819120/bhplus
Utusan Malaysia: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/05/tiada-potongan-elektrik-sehingga-30-jun/
Sinar Harian: https://www.sinarharian.com.my/article/139710/BERITA/Nasional/Tiada-pemotongan-elektrik-tunggakan-tidak-lebih-enam-bulan
Malaysiakini: https://www.malaysiakini.com/news/575537
UMNO Online: https://umno-online.my/2021/05/21/tiada-pemotongan-bekalan-elektrik-di-rumah-ada-tunggakan-tidak-lebih-enam-bulan/
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2021/05/21/tiada-pemotongan-elektrik-domestik-hingga-akhir-jun/
Harian Metro: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/05/708399/tiada-pemotongan-elektrik-domestik-di-semenanjung-hingga-akhir-jun
Berita RTM: http://berita.rtm.gov.my/index.php/covid19/27959-tiada-pemotongan-bil-tertunggak-tidak-melebihi-6-bulan
Suara. TV: https://suara.tv/21/05/2021/tiada-pemotongan-elektrik-jika-bil-tertunggak-enam-bulan-menteri/
Utusan TV: https://utusantv.com/2021/05/21/bil-tertunggak-6-bulan-bekalan-elektrik-tidak-akan-dipotong/
Bebas News: https://bebasnews.my/?p=61183
MalaysiaGazette: https://malaysiagazette.com/2021/05/21/tiada-pemotongan-bekalan-elektrik-di-rumah-ada-tunggakan-tidak-lebih-enam-bulan/
Malaysia Post: https://malaysiapost.com.my/2021/05/21/tiada-pemotongan-bekalan-elektrik-sehingga-30-jun/
BN News Online: https://www.bnnewsonline.com/tiada-pemotongan-bekalan-elektrik-bagi-pengguna-domestik-di-semenanjung-sehingga-30-jun-2021-shamsul-anuar-nasarah/