Tiada Istilah Demokrasi Telah Mati Dalam UMNO

January 15, 2023

“Tiada timbul istilah bahawa demokrasi dalam UMNO telah mati kerana keputusan yang dibuat oleh perwakilan dalam Perhimpunan Agung UMNO telah melalui proses yang betul dan mengikut perlembagaan parti.”

Ini merupakan ulasan yang dizahirkan oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah bagi menyokong usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum 19 Mei ini.

Ujar beliau, hal ini kerana tindakan perwakilan yang membuat keputusan berkenaan jawatan Presiden dan Tiimbalan Presiden UMNO juga merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi parti.

“Usul ini telah dibahas. Oleh kerana itu apabila perwakilan membuat keputusan, ini bukan suatu hal yang luar biasa kerana sebelum ini beberapa kali UMNO membuat keputusan tiada pertandingan untuk dua jawatan tertinggi parti.

“Pada saya, majoriti pimpinan dan perwakilan mahu menjaga kestabilan dan keharmonian supaya fokus diberikan kepada membina semula parti selepas PRU15 bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu, Selangor dan Negeri Sembilan,” kata beliau menerusi hantaran Facebooknya.

Dalam pada itu, Shamsul juga turut menekankan kebijaksanaan dan kematangan membuat keputusan sentiasa menjadi keutamaan UMNO dan keputusan tersebut tidak sama sekali melanggar perlembagaan parti.

“Apa pun pemilihan UMNO di peringkat UMNO cawangan, UMNO bahagian dan semua jawatan selain Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tetap akan dilaksana sebelum Jun 2023 ini,” ujarnya.

Terdahulu, Perwakilan Perhimpunan Agung UMNO 2022 meluluskan usul agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak dipertandingkan dalam pemilihan parti yang perlu diadakan selewat-lewatnya sebelum 19 Mei ini.

Keputusan itu diumumkan oleh Pengerusi Tetap UMNO, Tan Sri Badruddin Amiruldin pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2022 yang berlangsung selama dua hari di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC).

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/tiada-istilah-demokrasi-telah-mati-dalam-umno-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help