The Seventeenth ASEAN Ministerial Meeting On Transnational Crime

August 21, 2023

LABUAN BAJO – Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Jenayah Rentas Sempadan (AMMTC) Ke-17 dan Mesyuarat-Mesyuarat Berkaitan. Indonesia menjadi pengerusi bagi mesyuarat kali ini. Delegasi Malaysia telah diketuai oleh YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN. Mesyuarat ini berlangsung dari 19 hingga 23 Ogos 2023 di Hotel Meruorah, Labuan Bajo, Indonesia.

Mesyuarat ASEAN AMMTC adalah platform Menteri-Menteri ASEAN bagi membincangkan 10 bidang jenayah rentas sempadan, iaitu keganasan, pemerdagangan orang, jenayah siber, pelanunan di laut, penyeludupan dadah, jenayah ekonomi antarabangsa, penyeludupan senjata api, penyeludupan hidupan liar dan balak, pengubahan wang haram dan penyeludupan manusia.

Daripada 10 bidang di bawah jenayah rentas sempadan Malaysia akan mengetuai secara sukarela dalam tiga bidang jenayah iaitu penyeludupan manusia, pelanunan di laut dan penggubahan wang haram.

Turut hadir dalam mesyuarat ini adalah YDH Tan Sri Razarudin bin Husain, Ketua Polis Negara dan YBhg. Dato’ Hj Abdul Halim bin Hj Abdul Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), KDN.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help