Tenaga Nasional Berhad ( TNB )

March 26, 2020

TENAGA NASIONAL BERHAD ( TNB )

Saya mengadakan lawatan ke Pusat Kawalan Wilayah Selatan dan Metro (MSRCC) dan National Load Dispatch Centre (NLDC) di Ibu Pejabat TNB, Bangsar hari ini, 26 Mac 2020.

Lawatan saya turut disertai YB Ali Biju Timbalan Menteri Tenaga & Sumber Asli, KSU KeTSA Datuk Zurinah Pawanteh, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Noor Afifah Abdul Razak dan Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Tenaga, Ir. Abdul Rahim Ibrahim.

Semasa lawatan ini, saya telah diberi taklimat oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Hadir sama, Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB, Datuk Ir. Baharin Din, Ketua Pegawai Grid TNB, Datuk Ir. Husaini Husin dan Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab. Rahman.

Saya ingin nyatakan.

Peranan dan sumbangan TNB besar . Kerana itu TNB penting di saat negara bertungkus lumus menangani virus COVID-19.

Tentunya ketika rakyat Malaysia mematuhi perintah untuk berada di rumah, warga kerja TNB berperanan penting memastikan bekalan elektrik yang stabil dapat dinikmati semua.

Mereka bertugas demi negara dan rakyat.

Dalam lawatan ini. Saya telah melihat persiapan yang dilakukan TNB.

Saya mengucapkan syabas kepada semua warga kerja TNB yang bertungkus-lumus bekerja semasa tempoh genting ini.

Sejak bermula PKP, TNB mengambil langkah proaktif dengan meletakkan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti di seluruh negara. Set janakuasa mudah alih juga digerakkan dan kesemuanya berada dalam keadaan bersedia sekiranya diperlukan.

Sistem bekalan elektrik ke hospital-hospital yang menjadi pusat perubatan bagi menangani wabak virus Covid-19 turut diperkukuhkan, antaranya Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur.

Setelah melihat sendiri apa yang TNB lakukan.

Saya berkeyakinan penuh terhadap kesiapsiagaan bekalan elektrik di Semenanjung dalam menghadapi cabaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa sejak 18 Mac 2020.
Semoga Covid 19 segera selesai. Dan kita kembali menjalani kehidupan sebagaimana biasa.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli.

#tnb
#covid19
#Lenggong
#gerik
#UMNOOnline

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links