Temui Warga RELA & Komuniti Di Simpang Renggam

July 11, 2026

SIMPANG RENGGAM – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah mengadakan pertemuan bersama warga Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan komuniti setempat di Simpang Renggam pada malam Khamis.

Pertemuan yang berlangsung pada jam 8.30 malam tersebut memperlihatkan keprihatinan beliau dalam kapasiti sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri yang bertanggungjawab secara langsung terhadap hal ehwal RELA di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kehadiran beliau bersama warga RELA dan komuniti setempat merupakan usaha berterusan untuk mengeratkan hubungan antara agensi keselamatan sukarelawan dengan masyarakat di peringkat akar umbi, sekali gus memastikan peranan RELA terus diperkasakan dalam menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.

RELA yang beroperasi di bawah KDN memainkan peranan penting sebagai barisan pertahanan sukarelawan dalam membantu pihak berkuasa menjaga keamanan negara, khususnya di kawasan luar bandar dan penempatan Felda.

Kunjungan tersebut merupakan lawatan kedua beliau ke kawasan Simpang Renggam pada hari yang sama, selepas lebih awal hadir memberikan kata-kata semangat kepada jentera pilihanraya Barisan Nasional (BN) di Felda Ayer Hitam pada sebelah petang.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help