BeritaTempoh Pengundian Hampir Tamat, Rakyat Melaka Diseru Keluar Mengundi

November 20, 2021

TANGGA BATU – Tinggal beberapa jam sahaja lagi tempoh pengundian tamat, Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap para pengundi di seluruh Melaka dapat keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam usaha memilih wakil rakyat masing-masing sekaligus membentuk sebuah kerajaan negeri.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah suasana tempat-tempat pengundian yang aman dan tenteram diharap dapat menarik minat pengundi untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Suasana pilihan raya pada kali ini dengan norma baharu sepertimana yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nampaknya berjalan dengan baik. Walaupun pada peringkat awal peratusan keluar mengundi agak rendah, namun ada peningkatan kemudiannya.

“Dengan hanya ada beberapa jam sahaja lagi waktu tamat pengundian, pengundi perlu ambil peluang ditambah pula dengan keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Umumnya juga saya tidak dengar sebarang insiden-insiden provokasi sebagaimana pilihan raya kecil sebelum ini…Alhamdulillah,” katanya kepada UMNO Online, di sini hari ini.

Shamsul seterusnya berharap agar seluruh jentera parti tidak leka sebaliknya terus membawa keluar para pengundi yang dikenal pasti.

Sementara itu, tinjauan UMNO Online di Sekolah Kebangsaan Sungai Udang mendapati suasana aman dengan pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Keadaan sedikit lengang di perkarangan sekolah berkenaan yang merupakan salah satu pusat pengundian di dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang. – UMNO Online

Sumber: https://umno-online.my/2021/11/20/tempoh-pengundian-hampir-tamat-rakyat-melaka-diseru-keluar-mengundi/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2021 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links