Taman Herba Lenggong Akhirnya Terealisasi, Tambah Tarikan Dwi-Pengiktirafan UNESCO

August 24, 2026

LENGGONG – Taman Herba Lenggong yang dicadangkan dan mula dibangunkan ketika Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memegang jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) kini akhirnya berjaya direalisasikan oleh Jabatan Hutan Perak dan Jabatan Hutan Lenggong.

Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga Ahli Parlimen Lenggong itu melakukan lawatan ke taman tersebut pada Isnin bersama pegawai-pegawai Jabatan Hutan Perak, Jabatan Hutan Hulu Perak serta Jabatan Hutan Lenggong bagi meninjau perkembangan projek berkenaan.

“Taman Herba Lenggong dicadang dan mula dibangunkan semasa saya menjadi Menteri KeTSA. Terima kasih Jabatan Hutan Perak dan Jabatan Hutan Lenggong yang akhirnya dapat merealisasikan pembangunannya,” kata Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar.

Beliau menyatakan keyakinan bahawa taman herba tersebut mampu menjadi satu lagi tarikan utama kepada pelawat yang berkunjung ke Lenggong, sekali gus mengukuhkan potensi pelancongan kawasan yang menikmati dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO, satu-satunya di Semenanjung Malaysia.

Lenggong memperoleh pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2012 bagi Archaeological Heritage of the Lenggong Valley, manakala status UNESCO Global Geopark pula diiktiraf secara rasmi pada 28 April 2026 di ibu pejabat UNESCO, Paris.

Pembangunan Taman Herba Lenggong dilihat selari dengan usaha berterusan memperkasakan sektor pelancongan berasaskan warisan dan alam semula jadi di kawasan Parlimen Lenggong, yang kini bergelar destinasi “Double Crown UNESCO” unik di rantau ini.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help