Timbalan Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah selesai menjawab soalan dalam Sesi Menjawab Perbahasan Usul Titah Di Raja.
Soalan yang diusulkan kepada beliau mengenai pemakaian kamera badan untuk pegawai Polis Di Raja Malaysia (PDRM) oleh Ahli Parlimen Gopeng, Tan Har King.
“Saya bersama Pegawai Kanan KDN dan PDRM berbincang dan diberikan penjelasan berkaitan ‘Pemakaian Kamera Badan’ untuk anggota PDRM.
“Perkara ini saya jawab di dalam Sidang Parlimen Melaysia,’ kata Shamsul dalam satu hantaran di Facebooknya.
Dalam masa yang sama, beliau juga berkesempatan mendengar taklimat dan perbincangan sebagai persediaan membuat pengulungan serta menjawab sebarang soalan dalam sesi menjawab di Parlimen bersama Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ringkasan bagi persoalan tersebut, Shamsul menekankan Kerajaan telah meluluskan RM30 juta peruntukan kamera badan untuk PDRM melalui Rancangan Malaysia ke-12.
“Penggunaan kamera badan akan dimanfaatkan sebaik mungkin dalam usaha PDRM untuk memastikan kualiti penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan di Parlimen.
Sumber: https://www.bnnewsonline.com/taklimat-persediaan-sebelum-sesi-pengulungan-shamsul-anuar/