Taklimat Persediaan Banjir

November 27, 2020

KESELAMATAN PENTING TERUTAMA BERKAITAN BEKALAN ELKETRIK KETIKA BANJIR MELANDA.

Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan keselamatan elektrik di kediaman masing-masing terutama jika rumah mereka dinaiki air akibat banjir kilat atau musim tengkujuh pada penghujung tahun.

Nasihat dan panduan daripada pihak berkuasa sangat penting untuk kita patuhi. Malah amaran daripada Jabatan Meterologi Malaysia (MET) atau pihak lain penting dijadikan panduan di musim begini.

KeTSA menyarankan orang ramai untuk segera menghubungi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sekiranya premis dinaiki air pada paras berbahaya supaya bekalan dapat dihentikan demi keselamatan.

Penutupan bekalan elektrik adalah bersifat sementara bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin. Saya telah dimaklumkan bahawa apabila banjir surut dan keadaan kembali selamat, bekalan elektrik akan disambung semula oleh TNB.

KeTSA juga menyarankan orang ramai untuk mematikan suis utama dan tidak menggunakan sebarang peralatan elektrik jika kediaman dinaiki air bagi mengelak risiko renjatan elektrik.

Selepas banjir surut, orang ramai diingatkan untuk membersihkan dan memeriksa dahulu pendawaian dan peralatan elektrik yang ditelenggami air sebelum digunakan bagi memastikan ia benar-benar selamat. Ini termasuk membersihkan fius atau pemutus litar daripada kotoran dan menggantikannya sekiranya perlu. Soket alir keluar (outlet) yang ditelenggami air perlu berada dalam keadaan kering dan bersih sebelum digunakan.

Dalam hal ini adalah lebih baik pengguna mendapatkan perkhidmatan juruelektrik yang berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga (ST) untuk pemeriksaan dan pengujian pendawaian dan peralatan elektrik yang ditelenggami air.

Saya telah mendapat taklimat persediaan menghadapi banjir oleh TNB dan Suruhanjaya Tenaga ( ST ). KeTSA telah dimaklumkan bahawa disebalik situasi seluruh negara masih berdepan dengan ancaman penularan wabak Covid 19, TNB telah membuat persediaan bagi menghadapi musim tengkujuh yang dijangka pada akhir tahun.

TNB juga memaklumkan bahawa mereka akan segera menggerakkan pasukan teknikalnya serta aset-aset berkaitan bagi menghadapi situasi banjir demi keselamatan dan keselesaan pengguna.

Selain menjana elektrik, empangan-empangan besar milik TNB pula turut berfungsi sebagai empangan tembatan banjir yang sangat diperlukan terutamanya di musim hujan lebat bagi mengelakkan berlakunya kejadian yang tidak diingini.

Persiapan sewajarnya juga telah dilaksanakan TNB di empangan-empangan hidro miliknya. Ini termasuk mengadakan latihan pengungsian (drill) bersama agensi-agensi kerajaan berkaitan dan penduduk sekitar, selain menurunkan paras tasik (reservoir) ke tahap yang minimum sebagai persediaan menerima aliran masuk (inflow) air hujan yang tinggi.

Di kesempatan ini, saya mengingatkan ibu bapa agar sentiasa mengawasi tindak-tanduk anak-anak agar tidak menghampiri pencawang dan tiang elektrik yang ditelenggami air supaya perkara tidak diingini dapat dielakkan.

Dalam waktu yang sama, saya telah meminta agar TNB meningkatkan tahap komunikasi dengan pelbagai agensi atau pihak berkaitan dalam mengurus disituasi banjir atau bencana lain. Dan penting sekali meningkatkan kesedaran dan menyediakan maklumat lengkap kepada pengguna atau rakyat.

Saya telah diberikan taklimat mengenai persediaan menghadapi banjir atau bencana oleh TNB dan ST di KeTSA.

YB DATO’ DR. SHAMSUL ANUAR NASARAH
Menteri Tenaga Dan Sumber Asli

#KeTSA #AkademiUMNOMalaysia #umnobn #Gerik #lenggong #lenggong

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help