Mesyuarat TNB

June 6, 2020

Saya petang ini diberikan taklimat oleh En Azreen Othman Head ( Land Management) Jabatan Grid Development, Bhg Grid TNB berkaitan Projek Grid Nasional ke Pulau Pinang bagi memastikan sistem pembekalan elektrik ke Pulau Pinang akan tetap kekal berdayaharap.

Selain ini juga saya diberikan penjelasan terperinci berkaitan caj fi penggunaan tanah laluan taluan untuk Projek Pembinaan talian Grid Backbone negara 500kV dari utara semenanjung ( Ayer Tawar ) ke Selatan semenajung ( Yong Peng ) bagi memastikan pembekalan elektrik di seluruh semenanjung terutama di Lembah Kelang dapat disalurkan dengan berdayaharap, mengcukupi, cekap dan murah.

Sebagai Menteri, saya mesti membantu memastikan projek ini dapat dilaksanakan dengan sempurna demi kepentingan negara dan rakyat.

#KeTSA #lenggong #TNB

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help