Tahap & Langkah Keselamatan Lalu Lintas Di Tiga Kawasan Dipertingkatkan

May 13, 2022

TAHAP DAN LANGKAH KESELAMATAN LALU LINTAS DI KAWASAN JAMBATAN KG LUAT, KAWASAN SIMPANG EMPAT BERHAMPIRAN KG LUAT PAYA PULAU CHERY DAN KAWASAN SIMPANG EMPAT DI TALONG KG LUAT LENGGONG DIPERTINGKATKAN.

Kawasan Dataran Kg Luat dan Tasek Sendahalu Kg Luat dibangunkan sebagai Taman Awam. Kawasan yang popular dengan Pekan Rabu menempatkan pelbagai kemudahan awam di situ. Selain gerai-gerai perniagaan, terdapat TABIKA KEMAS Kg Luat, Pusat Aktiviti Sukan, Dapur Warisan Kg Luat dan beberapa kemudahan lain yang telah dan akan dibangunkan.

Bagaimanapun Keselamatan orang ramai di kawasan ini membimbangkan dan telah berlaku beberapa kejadian kemalangan hingga menyebabkan kematian.

Menyedari masalah ini, saya telah mengadakan perbincangan bersama En Jazuli Ibrahim Penghulu Mukim Temelong, Hj Bakri Hj Afifin Pengerusi JKPP Kg Luat Lenggong bagi mengawasi masalah ini.

Hari ini saya telah menjemput Pejabat Daerah Lenggong, YDP Majlis Daerah Lenggong, Polis Daerah Kecil Lenggong, JKR Hulu Perak/Lenggong mengadakan lawatan dan perbincangan bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

Secara prinsipnya kita telah bersetuju untuk mengambil beberapa langkah Keselamatan di kawasan ini, diantaranya :

a. Menambah papan tanda isyarat Keselamatan.
b. Meningkatkan dan menambah baik garisan kuning di jalan raya.
c. Membina bonggol jalan di jalan kampung berhampiran kawasan risiko.
d. Membina bonggol jalan di jalan utama (Berhampiran Jambatan Kg Luat & Dataran Kg Luat).

Pihak JKR Gerik/Lenggong akan membuat memperhalusi semua perkara ini. Saya bersetuju untuk membantu menyediakan peruntukan segera bagi mengatasi masalah ini.

YB DATUK SERI DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ahli Parlimen Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links