Surau Insaniah Taman Kota Tampan

April 3, 2022

Saya singgah meninjau perkembangan pembinaan SURAU TAMAN KOTA TAMPAN LENGGONG.

Reka bentuk kubah surau ini hampir menyamai Kubah Makan Nabi di Masjid Nabawi. Selain menjadi tempat ibadah, ia juga dibina sebagai tarikan pelancong ke Lenggong sesuai Lenggong Geopark dan Lenggong Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Namun, oleh kerana kedudukan tapak di kawasan lembap dan berair, struktur asal binaan surau ini sangat tidak kukuh bagi menampung reka bentuk baru dengan kubah lebih besar, pembinaan menara, ruang solat lebih besar, tempat wuduk, dinding dan syiling baru yang lebih tinggi. Maka, beberapa perubahan dibuat yang akhirnya sebuah surau baru yang lebih besar sedang dibina dan dijangka siapa sebelum akhir tahun 2022. Menurut kontraktor ia boleh disiap awal daripada jadual pembinaan.

Surau ini mampu menampung lebih 250 jemaah yang menggantikan surau lama yang hanya mampu menampung sekitar 100 orang jemaah sahaja. Bila siap nanti pasti akan melegakan penduduk di kawasan ini.

Kemudian akan menjadi satu lagi tarikan ke Lenggong Geopark.

Mari kita doakan agar pembinaannya lancar. Ia lebih baik kerana setidaknya kita memperoleh pahala daripada kita membawa dan menyebarkan berita yang tidak benar.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help