Sumbangan Komputer Untuk Mahasiswa & Pelajar Memerlukan Di Parlimen Lenggong

August 16, 2026

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menyampaikan sumbangan komputer kepada mahasiswa dan pelajar yang memerlukan dalam kawasan Parlimen Lenggong pada jam 11.00 pagi Jumaat.

Inisiatif tersebut bertujuan membantu meringankan beban pelajar yang kurang berkemampuan dalam memiliki peralatan teknologi bagi kegunaan pembelajaran, sekali gus memastikan mereka tidak ketinggalan dalam arus pendidikan digital masa kini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu sentiasa menitikberatkan aspek pendidikan dalam kalangan anak muda di kawasan Parlimen Lenggong, dengan pelbagai bentuk bantuan pendidikan yang dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan setiap pelajar mempunyai peluang yang sama untuk cemerlang dalam bidang akademik.

Penyampaian sumbangan komputer ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dalam memperkasakan modal insan di kawasan tersebut, khususnya golongan muda yang bakal menjadi tonggak pembangunan negara pada masa hadapan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help