Sumbangan Kepada Peniaga Pasar Warisan Tasek Sendarhalu

August 16, 2026

LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah menyampaikan sumbangan kepada peniaga-peniaga di Pasar Warisan Tasek Sendarhalu, Kampung Luat menerusi Majlis Pelancongan Lenggong pada jam 6.00 petang Jumaat.

Timbalan Menteri Dalam Negeri itu hadir atas jemputan Kelab Kebajikan & Rekreasi Kampung Luat bagi majlis penyampaian sumbangan tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Kampung Luat, Jawatankuasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) Kampung Luat serta Jawatankuasa Kelab Kebajikan & Rekreasi Kampung Luat.

Sumbangan yang disalurkan menerusi Majlis Pelancongan Lenggong ini bertujuan membantu serta menggalakkan lagi aktiviti perniagaan di Pasar Warisan Tasek Sendarhalu yang beroperasi setiap hari Sabtu, sekali gus menyokong usaha masyarakat setempat dalam menjana pendapatan menerusi platform pelancongan di kawasan tersebut.

Pendekatan kolaboratif bersama badan-badan tempatan ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar dalam memastikan pembangunan ekonomi masyarakat di kawasan Parlimen Lenggong terus diperkasakan, khususnya dalam sektor pelancongan yang semakin berkembang berikutan dwi-pengiktirafan antarabangsa UNESCO yang dimiliki Lembah Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help