Sultan Perak Sempurnakan Perasmian IPD Muallim

October 6, 2026

TANJONG MALIM – Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim di sini, hari ini.

Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tuanku Zara Salim, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa serta Yang Teramat Mulia Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Keberangkatan tiba baginda sekalian telah disambut oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah bersama pegawai-pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan wakil Kerajaan Negeri Perak.

Perasmian IPD Muallim ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM dalam memperkukuh infrastruktur keselamatan bagi memastikan keamanan serta ketenteraman awam di daerah berkenaan terus terpelihara.

Kemudahan baharu ini dijangka dapat meningkatkan keberkesanan gerak kerja pasukan polis, di samping menyediakan perkhidmatan yang lebih kondusif, cekap dan mudah diakses oleh masyarakat setempat.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help