Sultan Kelantan Perkenan Darjah Kebesaran Kepada Shamsul Anuar

November 12, 2022

Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Jiwa Mahkota (DJMK) Kelantan Yang Amat Mulia kepada Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Baginda menganugerahkan darjah kebesaran itu sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan ke-53, hari ini.

Dalam masa yang sama, baginda turut mengurniakan Darjah Seri Paduka Jiwa Mahkota Kelantan (SJMK) iaitu Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Turut berangkat ke istiadat tersebut, Sultanah Kelantan Nur Diana Petra Abdullah yang juga dikurniakan gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kelantan menerima Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (DK).

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima di atas kurniaan tersebut.

Istiadat tersebut berlangsung di Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan, pagi ini.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/sultan-kelantan-perkenan-darjah-kebesaran-kepada-shamsul-anuar/

Berita Harian: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1024576/sultanah-kelantan-dahului-senarai-769-penerima-darjah-kebesaran
Kosmo: https://www.kosmo.com.my/2022/11/12/sultanah-kelantan-ketuai-senarai-penerima-darjah-kebesaran-hari-keputeraan-sultan-kelantan/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help