Solat Jumaat Bersama Warga Polis Di Masjid IPK Johor
JOHOR BAHRU – Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah menunaikan solat Jumaat bersama warga polis Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Johor di Masjid IPK Polis Johor pada Jumaat.
Beliau yang berada di Johor sempena lawatan rasmi ke beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) meluangkan masa untuk bersama-sama warga polis dalam menunaikan ibadah mingguan tersebut.
Kehadiran Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar menunaikan solat Jumaat bersama warga polis memperlihatkan hubungan erat serta semangat kekeluargaan antara kepimpinan kementerian dengan anggota pasukan keselamatan negara.
Ia sekali gus mencerminkan sikap kepimpinan yang merakyat serta menghargai setiap kesempatan untuk bersama-sama warga kerja agensi di bawah KDN tanpa mengira tempat dan situasi.
Lawatan rasmi Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar ke Johor turut melibatkan beberapa program bersama PDRM, RELA serta agensi lain di bawah kementerian tersebut.

