Solat Hajat, Tahlil & Doa Selamat Di Kg Luat
November 4, 2022
Memulakan kempen PRU15 saya di P055 Lenggong, saya bertemu penduduk dan saudara mara saya di Kampong Luat Lenggong. Ini kampong arwah kedua ibubapa saya. Kampong tempat saya lahir dan tempat kedua ibubapa saya disemadikan. Kaum keluarga saya tinggal di sini.
Seperti kelaziman sejak saya bertanding 2008 lagi, saya mesti bertemu penduduk kampong untuk memohon restu, doa dan bantuan mereka agar BN beroleh kejayaan dan setiap langkah saya diberkati Allah.
Saya bersyukur kerana sejak dulu mereka menyokong saya.
Semoga Allah memelihara langkah dan tindakan yang saya akan lakukan untuk pasti BN menang di P055 Lenggong.
Saya mohon doa daripada semua rakan rakan FB saya. Amin.