Soal Bendera Pun Tidak Sepakat, Bagaimana Mahu Tadbir Johor?

February 11, 2022

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah mempersoal bagaimana Pakatan Harapan (PH) mahu mentadbir Johor sekiranya tiada kesepakatan.

Shamsul Anuar berkata, sekiranya PH diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sudah pasti kerajaan negeri yang dibentuk tiada kestabilan.

“Mengapa DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (Amanah) tidak sepakat menggunakan satu bendera ya?

“Bayangkan, soal bendera pun tidak sepakat. Bagaimana nanti isu lebih besar terutama soal kepentingan rakyat?” soal beliau menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Majlis Presiden PH memutuskan bahawa PKR menggunakan logonya sendiri pada PRN Johor manakala parti-parti lain menggunakan logo PH.

Menurut Shamsul Anuar, bendera adalah lambang penting parti dan sebab itu Barisan Nasional (BN) kekal menggunakan lambang dacing berwarna biru yang menjadi simbol kesepakatan UMNO,MCA,MIC dan PBRS.

“Semua Parti UMNO, MCA, dan MIC menggunakan bendera ini (BN) di PRN Johor kali ini,” katanya. – UTUSAN

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/02/soal-bendera-pun-tidak-sepakat-bagaimana-mahu-tadbir-johor/

UMNO Online: https://umno-online.my/2022/02/11/soal-bendera-pun-tak-sepakat-bukti-ph-tiada-kestabilan/
Sumberkini: https://sumberkini.my/soal-bendera-pun-ph-tak-boleh-sepakat/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help