Sidang Media The 12th Malaysia 48 & 12-Hours Ironbound Adventure 1 – Edisi Lenggong 2022

September 8, 2022

THE 12TH MALAYSIA 48 & 12-HOURS IRONBOUND ADVENTURE 1 (IBA1) – EDISI LENGGONG 2022, akan berlangsung di Lenggong, Perak, Malaysia, pada 3 – 7 November 2022.

Terima kasih dan penghargaan saya kepada agensi-agensi dan jabatan kerajaan yang telah memberi sokongan sepenuhnya, seperti;

1. Kerajaan Negeri Perak
2. Pusat Khidmat Parlimen Lenggong
3. Tourism Malaysia
4. Tourism Perak
5. Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC)
6. Majlis Daerah Lenggong
7. Dan juga penaja-penaja

Untuk makluman penganjur Ironbound Series ini, bukanlah kali pertama menganjurkan acara sukan lasak pelancongan di Daerah Lenggong.

Sebelum ini penganjur telah menganjurkan juga THE 11TH PERAK IRONBOUND SERIES, pada 17-19 Disember 2021 dan juga THE 5TH PERAK ROGAINING CHAMPIONSHIP, pada 24-26 Jun 2022 baru-baru ini.

Penganjuran IRON BOUND SERIES ini, berbeza dengan penganjuran sukan yang lain, sukan lasak yang memerlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi untuk menghabiskan masa perlumbaan 48 & 12 jam tanpa henti, yang mengambil jarak perlumbaan lebih 250km, di samping disiplin yang pelbagai dan mencabar adrenalin.

Kejohanan A1 yang di anjurkan di Lenggong ini, merupakan kejohanan “world ranking”, yang mana pasukan yang menjadi juara akan melayakkan pasukan tersebut menyertai A1 WORLD CUP FINAL di South West New Zealand pada 1-4 Disember 2022 ini.

Dengan penganjuran IBA1 ini, sudah pasti akan memberi impak yang sangat positif kepada Daerah Lenggong khususnya, dengan kehadiran peserta antarabangsa seperti daripada Australia, New Zealand, Denmark, Singapura, Hong Kong dan beberapa Negara yang lain yang berjumlah lebih daripada 40 peserta luar Negara.

Ia juga bertujuan untuk promosi sektor dan pembangunan pelancongan Lenggong.

Penganjuran acara ini sesuai dengan Pengiktirafan Geopark Kebangsaan (Lenggong). DSN pasti Makanan Tradisional Lenggong akan disajikan kepada para peserta.

Saya percaya dengan Lokasi-lokasi pelancongan menarik di Lenggong serta faktor geografi di Lenggong menjadikan acara ini amat sesuai untuk penganjuran sukan lasak seperti Ironbound Adventure 1 ini.

Malah saya yakin ia akan memberikan impak positif kepada pembanguna perusahaan dan produk keluaran tempatan serta pembangunan sektor pelancongan di Lenggong.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2022 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help