Shamsul Yakin BN Mampu Menang Selesa Di Sabah Berdasarkan Persiapan Rapi

October 25, 2025

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah yakin Barisan Nasional mampu capai kemenangan selesa dalam Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan berlangsung pada 29 November ini bagi memilih 73 anggota DUN.

Ia selepas beliau diberi taklimat persiapan dan penyusunan Jentera di beberapa PDM yang dilihat telah dilakukan dengan rapi.

“Melihat kepada persiapan dan penyusunan Jentera Pilihanraya di PDM Sengangan dalam DUN, saya yakin persediaan rapi telah dilakukan.

“Maka, fokus utama mesti diberikan kearah mendapatkan sokongan rakyat kerana dalam pilihanraya seumpama ini, undi daripada ahli BN sahaja tidak cukup untuk membolehkan BN menang selesa. Saya sampaikan pesanan ini kepada Pimpinan dan Jentera BN di DUN.”

Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra bersama pimpinan UMNO Bahagian Lahad Datu dan pimpinan serta PDM Segangan di DUN Tungku.

“Peluang yang ada saya diberikan taklimat tentang persiapan yang dilakukan oleh BN Lahad Datu bagi PDM Segangan DUN Tungku. Taklimat diberikan oleh Ketua PDM Segangan dan dihadiri oleh pimpinan BN Lahad Datu pelbagai peringkat.”

“Saya hari ini turun ke DUN Tungku di PDM Segangan bertemu kepimpinan peringkat akar umbi.

“Saya yakin Jentera BN DUN Kunak di Kawasan Lahad Datu berada dalam keadaan baik serta telah bersedia menghadapi PRN Sabah Ke 17 ini.”

“Sebelum saya mengadakan perjumpaan dengan Jentera serta Pengundi di PDM Pekan dalam DUN Kunak saya diberikan taklimat tentang persiapan bagi Jentera Pilihanraya bagi PDM Pekan dalam DUN Kunak, Lahad Datu Sabah.”

Sementara di PDM Pekan Dalam DUN Kunak, Shamsul memberikan ucapan bersama penduduk.

“Saya memberikan ucapan dalam majlis Ramah Mesra bersama penduduk dalam PDM Pekan di DUN Kunak.

“Majlis dihadiri oleh semua pimpinan UMNO Bahagian Lahad Datu pelbagai peringkan dan semua 9 Ketua Ketua PDM.dalam DUN Kunak.

“Imej parti penting bagi menarik sokongan rakyat kepada UMNO BN, jika parti kita diyakini, percayalah kita mampu kembali memimpin.”

Dalam pada itu, lebih 60 Ahli Warisan di PDM Pekan Dalam DUN Kunak sertai Barisan Nasional di Kawasan Lahad Datu.

“Dalam majlis bersama rakyat di PDM Pekan saya bagi pihak UMNO Bahagian Lahad Datu telah menerima penyertaan lebih 60 ahli WARISAN menyertai UMNO.

“Penerimaan ahli baru UMNO dari Warisan disaksikan oleh Ketua UMNO dan kepimpinan tertinggi UMNO Lahad Datu.”

DUN Sabah dibubarkan pada 6 Oktober 2025 selepas permohonan pembubaran dewan diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Musa Aman.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help