Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah telah melakukan aktiviti turun padang bagi meninjau sendiri perkembangan kerja-kerja baik pulih perumahan masyarakat Orang Asli di Kampung Lubuk Chupak, Lenggong.
Beliau memaklumkan bahawa keadaan rumah kediaman masyarakat Orang Asli di kampung tersebut kini telah dibaik pulih dan lebih selesa untuk didiami. “Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Perak yang telah memberikan peruntukan untuk kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan. Kini keadaannya jauh lebih selesa,” katanya.
Selain itu, beberapa lagi projek akan dilaksanakan bagi menaik taraf kemudahan lain di RPS Kampung Lubuk Chupak, Lenggong. Usaha berterusan ini diharap dapat meningkatkan taraf hidup dan kesejahteraan masyarakat Orang Asli di kawasan tersebut.



