Shamsul Turun Padang Bersama Masyarakat Cina Kg Baru Padang Gerus
LENGGONG – Ahli Parlimen Lenggong, Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah hari ini hadir ke Kampung Baru Padang Gerus bagi menyampaikan sumbangan kepada masyarakat cina di kawasan tersebut. Kehadiran beliau disambut mesra oleh penduduk setempat yang turut mengambil peluang untuk berinteraksi secara langsung dengan wakil rakyat mereka.
Sepanjang lawatan itu, Shamsul Anuar meluangkan masa beramah mesra dan mendengar sendiri keperluan serta harapan komuniti di Kampung Baru Padang Gerus. Program sumbangan ini dilihat sebagai satu usaha untuk memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat, selain memastikan kebajikan semua lapisan penduduk sentiasa terjaga.
Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan Dato’ Seri Dr. Shamsul Anuar dalam memastikan setiap komuniti di kawasan parlimennya mendapat perhatian sewajarnya tanpa mengira latar belakang kaum. Beliau berharap agar usaha sebegini dapat terus mempererat perpaduan dan keharmonian di Lenggong.

