Shamsul Teruskan Temujanji Rakyat Di Lenggong, Komited Bertemu & Bantu Penduduk Setiap Minggu
LENGGONG – Shamsul Anuar Nasarah hari ini mengadakan sesi Temujanji Rakyat di Lenggong pada jam 10.00 pagi di Pusat Khidmat Ahli Parlimen (MP) Lenggong.
Beliau berkata, sesi bersemuka bersama penduduk setempat itu merupakan amalan mingguan yang akan diteruskan sekiranya tiada halangan.
“Menjadi amalan jika tiada halangan setiap minggu saya akan berada di Pusat Khidmat MP Lenggong bagi bertemu dan membantu rakyat,” katanya.
Menurutnya, sesi tersebut menjadi medan untuk rakyat menyuarakan isu, mengemukakan permohonan bantuan serta mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat secara terus, selain memperkukuh hubungan antara wakil rakyat dan komuniti setempat.

