Selepas beberapa hari berada di Sabah, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah terus berbakti kepada penduduk di Parlimen Lenggong.
Tanpa mengenal erti penat dan lelah, beliau hadir pada program Santai Anak Muda Lenggong di Kampung Air Jada.
“Saya dalam program SANTAI ANAK MUDA LENGGONG Di Kg Air Jada.
“Disini saya berpeluang berbincang dan mendengar pelbagai isu dan masalah anak muda di kawasan ini serta mencari jalan menyelesaikannya. Ramai pimpinan pemuda dan belia serta anak muda org Asli Air Bah hadir program ini.”
Turut hadir bersama dalam program SANTAI ANAK MUDA Lenggong adalah Puteri UMNO Lenggong.
Shamsul kemudiannya melakukan ZIARAH SAYANGI Lenggong Bersama Ketua Kg Air Jada, Ketua UMNO Cawangan Kg Air Jada dan pimpinan Pemuda serta Puteri UMNO Bahagian Lenggong.
Pada sebelah malam, beliau hadir BICARA AGAMA Parlimen Lenggong Di Kg Gua Badak Lenggong.
“Di Masjid Rahmaniah Kg Gua Badak Lenggong saya menjalankan acara tradisi mengadakan Kuliah Maghrib kali ini kuliah disampaikan oleh Pegawai Tadbir Agama Pejabat Agama Daerah Kecil Lenggong.
“Ramai Ketua Kampong dan tetamu hadir mendengar majlis ilmu yang diadakan dan menjadi tradisi saya di Kawasan Parlimen Lenggong.”
Terdahulu, Shamsul meninjau perkemabngan Projek Pembangunan pelancongan di Kg Air Jada Gerik Perak.



