Shamsul Terima Kunjungan Timbalan Pengarah AKM, Perkukuh Kerjasama PEMADAM-AKM

May 10, 2026

PUTRAJAYA – Shamsul Anuar Nasarah menerima kunjungan YBhg. Timbalan Pengarah Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) bersama rombongan di pejabat beliau di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kunjungan tersebut menjadi platform perbincangan mengenai beberapa perkara, khususnya berkaitan kerjasama strategik antara Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) dan AKM dalam pelaksanaan pelbagai program. Perbincangan turut menekankan usaha memperkukuh hubungan dan penyelarasan bagi memastikan inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan secara lebih tersusun serta memberi manfaat kepada masyarakat.

Pertemuan ini mencerminkan komitmen kedua-dua pihak untuk terus memperkasakan jaringan kerjasama dan meneroka peluang kolaborasi pada masa hadapan.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help