Shamsul Seru Koperasi Bergerak Seiring Ekonomi Negara

February 11, 2023

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah menyeru kepimpinan koperasi untuk terus bergerak seiring dengan situasi ekonomi negara.

Ahli Parlimen Lenggong itu berkata demikian ketika merasmikan Mesyuarat Agung Koperasi Permodalan Pemuda Perak BHD di Ipoh, semalam.

“Keadaan sudah berubah, keadaan ekonomi semakin mencabar dan berbeza.

“Justeru kepimpinan koperasi mesti bijaksana menyesuaikan keadaan bagi memastikan koperasi mampu terus berkembang dan bersaing dalam situasi ekonomi negara serta dunia yang mencabar,” kata Shamsul menerusi hantaran di Facebooknya.

Dalam pada itu, beliau juga menekankan agar pihak koperasi untuk bijak mengambil peluang meneroka pelbagai bidang perniagaan baharu.

Tambahnya, hal itu disebabkan kebergantungan kepada satu sumber mungkin boleh membawa risiko kepada sumber pendapatan koperasi.

Sumber: https://www.bnnewsonline.com/koperasi-perlu-bijak-agresif-teroka-peluang-perniagaan-shamsul-anuar/

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2023 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help