Shamsul Sertai Home Office Security & Policing Event 2026 Di Farnborough

March 12, 2026

FARNBOROUGH, UK – Home Office Security and Policing Event 2026 telah membuka tirainya secara rasmi pada 10 Mac 2026 di Farnborough International Exhibition & Conference Centre, United Kingdom. Program keselamatan global anjuran Home Office United Kingdom ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, organisasi keselamatan, serta syarikat teknologi terkemuka dari seluruh dunia.

Inisiatif berprestij ini bertujuan memperkukuh kerjasama antara kerajaan dan industri dalam membangunkan serta memperkenalkan teknologi keselamatan terkini demi melindungi negara dan masyarakat. Lebih 400 syarikat dari United Kingdom dan negara-negara jemputan mengambil bahagian, mempamerkan inovasi termaju dalam bidang keselamatan dan kepolisan.

Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memulakan sesi lawatan beliau pada jam 10.00 pagi dengan meninjau reruai pameran yang menampilkan teknologi dron untuk kawalan sempadan, sistem telekomunikasi terenkripsi, serta pusat arahan mudah alih yang canggih. Beliau turut menerima taklimat daripada Northamptonshire Fire and Rescue Services yang berkongsi kepakaran dalam pengurusan kecemasan dan keselamatan awam.

Menurut Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, pameran ini sangat penting kerana menyediakan pelbagai maklumat dan peluang untuk memahami perkembangan teknologi keselamatan global. Sepanjang lawatan, beliau diiringi oleh Miss Natasha selaku Pegawai Perhubungan persidangan, bersama delegasi Malaysia yang terdiri daripada En. Muhammad Luqman Haqim Roslan (Penolong Atase Imigresen), DSP Hafidzah Zainol Abidin (Setiausaha Pertama, Perhubungan Keselamatan), Tuan ACP Mohd. Hafiz Jehangir Shah Mohd. Afzal (Perhubungan Keselamatan, PDRM), Mr. Maxwell Francis (Atase Imigresen), Setiausaha Sulit Kanan TMDN, dan Pegawai Khas TMDN.

Home Office Security & Policing 2026 akan berlangsung sehingga 12 Mac 2026, menjadi platform utama untuk perkongsian ilmu, jaringan profesional, dan penerokaan teknologi keselamatan terkini di peringkat antarabangsa.

https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2008 - 2026 Dr. Shamsul Anuar Nasarah.
https://www.shamsulnasarah.com/wp-content/uploads/2020/10/logo_white1.png
Hakcipta Terpelihara © 2020 Shamsul Nasarah.
Contact
+605 767 9055
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong, 52A, Jalan Alang Iskandar, 33400 Lenggong, Perak.
Popular Links
How Can You Help